syiedazahari: Scouts Life | 2011

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Welcome to Black Queen's! Behave or you will be kicked :)


<3 DS97 <3

Contact Me

credits
02:28 | 1 Cloud(s)
Scouts Life | 2011

Terengganu International Scout Jamboree, 2011


Di hadapan khemah 'kediaman' selama seminggu kitorang. Tak silap aku ni second day kitorang kat sini. Second or third camtuh la. Before prgi join any activity, mesti akan ada sorang yang "weh jom amik gambar!" Lepas kemas kemas khemah, and siap siap nak pergi buat activity, mesti akan ada satu gambar paling kurang. Hahahaha girls kan ~~ Kitorang dapat 'port' untuk khemah betul-betul under pokok besar which aku rasa agak tak selamat sebenarnya tapi sebab dah kurang sangat space masa tuh sebab kitorang pun gerak dari Melaka agak lambat so terpaksa lah terima seadanya. Aku bersyukur sangat sangat khemah kitorang sangat sangat lah okay sebab camp yang aku join sebelum tu agak lah kurang seronok sebab khemah yang aku dapat tu macam terkoyak so bila hujan habis basah barang barang kitorang.



Dalam ramai ramai batch kitorang, banyak ni je lah ketulan ketulan yang join camping ni. Masa form 2 memang lah tak ramai lagi yang join. Tapi bila form 3, haa mula lah ramai ketulan ketulan yang datang join kitorang. Sebab apa? Sebab nak sijil lah merit lah ape lah. Ish ish ish tak patut. Yang ni before buat orienteering *aktivity yang paling aku suka sebab tu lah terpancar kegembiraan di wajah kanak kanak ribena yang berada di sebalik emoji muehehehe* Dalam banyak banyak activity, aku paling suka orienteering. Sebab best dapat meneroka tempat yang kononnya 'hutan' tuh. Satu kumpulan cuma dapat satu kompas je. Dah pandai masuk hutan tuh, pandai pandai lah cari jalan keluar sendiri guna that compass. Tapi orienteering masa siang takdelah adventure mana compared to night orienteering. Night orienteering plus night walk perghh best gila. Night walk macam biasa lah kan. Mula mula instructor tuh akan bawak kau masuk dalam hutan ramai ramai dalam satu barisan panjang and then sorang sorang kena tinggal ikut turn start dari belakang. Kau kena 'bertapa' kat satu tempat sorang sorang *dengan mata yang bertutup dengan kain hitam kononnya nak merasai suasana hutan waktu malam malam* selama half an hour or more *something like that la* And then akan ada orang yang akan kacau kacau kau waktu kau tengah bertapa tuh. Like baling baling batu kat kau lah, baling ranting kayu lah, buat bunyi yang kononnya 'menakutkan' lah *BIASANYA AKU SELALU TERTIDO MASA TENGAH BERTAPA TUH* Macam macam lagi lah. Sebab dorang nak buat kau jerit mintak bawak balik camp site balik. Sapa balik camp site awal memang get ready to be condemned ah kan 😂 Normally girls yang mintak balik awal nih. Masa nih instructors tu cakap kalau ada something, ada code die sendiri like nama buah la ape la. But then, because of ada girls and boys yang takut sangat masa tuh, dorang main jerit je nama apa apa. Apple jadi strawbeery, mangga jadi durian and macam macam lah. Ikutkan hati, aku nak gelak kuat kuat time tu, tapi sebab instructors tu dah warning awal awal, bila masuk hutan, jangan dok happy sangat.



Tag Hanis sebenarnya. Hehehe saja aku pinjam and edit. Bila dah namanya camping tu, mesti lah akan ada je rules dia kan. Contohnya benda ni lah. Kena pakai benda alah ni everytime and lagi satu scarf yang pakai kat leher tuh. Nak pergi toilet pun aku bawak sebab takut kena denda hahaha. Tak larat doe nak hadap denda dia. Masa ni aku suka usha budak yang dari Scotland tuh. Mula mula ingatkan nak usha cara scouts dorang punya attire je skali ter usha muka dorang yang fair gilaaa and tiba-tiba ada sorang budak from Scotland ni boleh sesat masuk dalam hati pulak. Adore gila tengok muka dia. Entah apa nama dia da lupa HAHAHAH. Kitorang berebut nak satu team dengan dia bila ada apa apa activity contohnya macam Malam Kebudayaan *aktiviti wajib setiap malam selain aktiviti unggun api dengan students from sekolah lain lah* ke explorace ke *acah nak main Flying fox or wall climbing sesame ke muahahaha* Masa tuh masing masing acah nak jadi tutor Bahasa Melayu kat dia kononn nak ajar dia cakap Melayu lah ape lah. Sampai ada abang senior yang bajet hensem tegur "Behave anak anak bukan dia nak kat korang pun". Jeles cakap jeles la woi HAHAHA. Almaklumlah masa tuh perangai kanak kanak Ribena tuh still melekat dalam diri kan. Almaklum lah baru Sweet 14 lah kata kan puihh.



With Naruto. After kawad kaki. After majlis Perasmian. After aktiviti yang memerlukan kitoang pakai baju nih. Baju ni always buat aku rasa macam kena cekik hahaha. Masa ni plan nak usha kawan kawan from another states, another country. Sebab konon kononnya nak tambah kenalan *selain kena paksa penuhkan buku kenalan* 



Before night walk hehehe mana aku lol. After night walk, ada aktiviti unggun api which duduk ramai ramai antara satu negeri *bukan nak racist ke apa tapi memang aktiviti untk negeri hahaha* belajar cheers, belajar macam macam gaya tepuk for scouts *pastu bila ada budak dari negeri lain lalu je kat camp site kitorang, kitorang kena buat satu tepuk yang special punya kat dorang as for 'ramah mesra' "Tepuk tepuk sayang" HAHAHAHA sounds macam budak budak je tapi tu lah kitorang kena buat everytime dorang lalu. One of them ni da nak kawin dah. Aku je yang masih seperti kacang. Dok menunggu sesuatu yang tak pasti HAHAHAHA. Tapi takpe, aku pun dah malas dah nak pikir benda bnda macam ni act HAHAHA *PHILOPHOBIA MAYBE HAHAHAHA* Aku totally penat this time HAHHAHA. Takut hurt lagi huhu first time aku rasa macam ni *white flag* So, biar Allah lah yang menentukan segalanya. Aku pun tak mengharap sangat huhu. I think better aku stay macam ni je kot rather than berdua tapi selalu get hurt in the end. "Susah nak jumpa yang jenis setia sekarang ni Syieda so enjoy dulu puas puas never think of this matter okay dear" Hmm iyolah awakk. So, Kita focus on something yang lagi penting okay Syieda :) Btw, aku doakan semoga majlis kau berjalan dengan lancar selancar lancarnya AMIINN In Shaa Allah baby. Jaga cik 'hubby' kau tuh baik baik kay takut ada yang datang 'ambik' hehehe. Almaklum lah perampas skrang ni ramai. Hahaha sekarang ni susa nak jumpa yg long lasting 😂 Mula mula try very hard pastuh da dapat and tetibe rase mcm da bosan cari lain pulak 😂😂 Curang sana curang sini. Tipu sana tipu sini. Loveyou sana loveyou sini. Sayang sana sayang sini. Ish ish ish. Nak nak pulak dapat yang jenis tak cukup dengan satu kan 😌 Yang ni nak yang tu pun nak. 

Masa camp yang kat Terengganu ni lah ada something bad happened to me yang buatkan aku rasa takut dengan thunder or lightning or whatsoever lah. There's one night, hujan lebat sangat that time. Kitorang kena stay dalam khemah and all activities on that night were cancelled. Air naik sebab hujan lebat sangat. Almaklumlah musim tengkujuh kan. So aku decided to go out from khemah sebab takut banjir. Aku dah kelam kabut masa tuh nak pergi kat tempat ramai orang brkumpul. Member member dah ssuruh aku tnggu sikit lagi but I was so stubborn at that time. Right after aku keluar je form khemah, ada petir sambar pokok nearer to khemah kitorang and dahan pokok tuh jatuh betul betul atas kepala akuh. HAHAHAH amik kau! Degil sangat. Pengsan for like almost few hours. Habis semua aktiviti untuk pagi tuh aku tak dapat join. Of course lah sebab kepala dah buat hal pulak time tuh kan. Huhuhu. Silap aku jugak. Gelabah semacam masa tuh. Ayah miss call pagi tuh for like berapa kali sebab ada sorang member aku prgi cerita kat ayah dia about me and cerita tuh sampai kat Ayah. Bukan main panjang text message aku dapat pagi tuh. Dari Ayah je. Suruh rehat lah, makan ubat la. Sebab tuh, aku tak suka cerita sakit aku kat orang lain *but usually aku fail sebab muka always looks pale sangat sangat and yeah it reveals everything that if I'm sick I will isolate myself from others* Bak kata Eira "Da macam mayat". Ni lah jadinya hahhaa. So, sebab 'incident dahan berasap dipanah petir cinta' tu lah, everytime ada thunder ke lightning ke, automatically teringat that incident. 

p/s : Very hard or never at all. 

Congrats Angah! Hahaha walaupun aku rasa macam lawak je nama kau masuk paper tapi gambar kau satu pun takde HAHAHAH *kau still belum boleh kalahkan Ayah hahaha*. Btw, aku bangga dengan kau. Kau finally ikut jejak Ayah. Study pun kat IPG yang sama macam Ayah dulu. Macam yang orang lain cakap, kau ni macam 'kelahiran semula Ayah' LOL. And yeah, continue your efforts to make our family proud of you. May your dreams come true *lots and lots of success in international level* And one more thing, congrats for that day awards hahahah aku just tengok from your pics that you sent. Nak pergi kat kau, terasa jauh pulak tetiba HAHAHA malas nak sakit hati tengok kau dapat that awards HAHAHA. And yeah, our family must be very proud of you... Congrats again weh hahaha cepat balik rumah belanja aku makan! Celebrate sesame dengan yang lain.. #TheZaharians LOL HAHAHAHA

p/s : Never forget to thank Allah for what He has given to us. He knows everthing. He knows what's the best for us. Always be grateful for what we've got before they're taken away from us and never regret for something yang bukan milik kita. Allah already fixed it for us. After all, He is the best planner and yeah there is always a reason for what had happened and it's always a good one :) Bear in mind that, dalam setiap rezeki kita, ada hak makhluk Allah yang lain. Don't ever deny their rights :) 


5IVER5 4 LIFE! I miss you guys so much! 


Last night with them before gerak balik yukeyem. Last minute plan. Malam malam Una datang ruma amik aku and then tunggu Eira habis keje then terus gerak pergi tempat nih. After makan makan dengan seronoknya sebab ada orang baik hati nak belanja, tengok tengok je jam dah pukul 1 lebih. Aku ingat nak balik, tapi mesti parents aku da kunci gate rumah aku hahahaha. So, another plan, terpaksa ah lepak ruma member. Pagi pagi buta baru chow balik rumah aku. Pagi pagi buta aku dah panjat tembok rumah aku so that aku boleh masuk rumah. Sebab apa? Sebab semua orang dalam rumah pakat tak nak angkat call aku. Sampai hati hahahahah. Ingatkan boleh cover baik punya pagi tuh, suddenly Ayah muncul and terus tanya balik pukul berapa and aku terpaksa mengaku baru je balik sebab dah kantoi awal awal dengan my mom HAHAHA! 

p/s : Unbelievable that I cried badly for unaccidentally seeing a picture of a female dog was hit by a car sampai mati while anak anak dia still need her... I was wondering of how anak anak dia nak survive after their mother died.. Like how.. Ya Allah... Selamatkan semua abandoned animals from orang orang yang kejam dan zalim... Dont let them hurt the animals... 😔 May all the abandoned animals jumpa orang orang yang pencinta haiwan.. The kinda people that wont hurt animals... 

p/s : Aku pernah sayang someone sepenuh hati aku sampai aku rasa hati aku mati bila kehilangan si dia. End up aku sayang diri sendiri dan hati-hati. No more that feelings Syieda... No more... 

p/s : So excited waiting for that 12 am to come up just to wish that someone but it ended up with something unexpectedly to happen. Okay fine lets leave everything to Allah to settle it down for us. Thank you so much btw, Someone :)








   









1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

daftabet link 1.2 - dafabet link 1.2 - Hakasino
daftabet link 1.2, dafabet 188bet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link 1.2, dafabet link dafabet link william hill 1.2


Post a Comment