syiedazahari: Throwback zaman sekolah

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Welcome to Black Queen's! Behave or you will be kicked :)


<3 DS97 <3

Contact Me

credits
11:09 | 1 Cloud(s)
Throwback zaman sekolah



Setelah makan dengan agak banyaknya sebab tengah geram dengan someone, *asal stress je makan* aku rasa tangan aku ni gatal pulak nak update entry untuk malam ni (amacam ayat intro aku hmm?). Rasa macam kesian pulak tengok lappy  terabai  tanpa kasih sayang yang secukupnya dari aku *cehh*. Petang tadi, bila pergi sekolah aku *ex-school lupa dah habes sekolah huhu* serta merta terimbau kembali kenangan masa zaman sekolah dulu * fuhh power betul ayat even da lama tak belajar BM puihh hahaha*. Even tak semuanya menggembirakan, tapi semuanya still aku ingat. At first, aku nak bagitahu laa yang aku ni jenis nomad. Yaa, suka berpindah randah *alaa perkataan yang agak famous dalam sejarah tuu*. Berpindah randah tapi still in one state. Melaka. Berpindah daerah jee pong. Hehehe. Kenapa ekk aku suka pindah sekolah? Takkan sebab nak tambah kawan jee kot. *yeahh that’s one of the reasons*. Entahlaa nak. Suka hati aku lah kan aku nak pindah pindah kan. Bukannya aku menyusahkan kau pun. Siapa pulak ‘kau’ tu? Ala lantaklah sesapa pun. Dalam masa 5 tahun, 3 sekolah aku tukar. Hehe. Bukan bosan. Tapi.. Entah. Just no reason. Haha. Maybe saja saja. Suka suka. ‘Tukar angin’ orang kata. Angin apa aku tak tahu. Kbai.

*saya sokong awak Mr. Google*


Sharodz or Sharifah Rodziah. Alaa sekolah kluster kat Melaka yang khas untuk girls tuu jee. Kalau tak tahu sila Google ye anak anak. Best tau sekolah ni. My first secondary school. Serious seronok. Tapi aku sempat rasa keseronokan tu just for 4 months. In that 4 months, macam macam benda yang aku belajar dari sekolah tuh. Ye lah time ni first time duduk hostel kan. Dahla form 1 time tu huhuhu *elehh macam tak biasa dok hostel jee kau*  Reason aku terima offer sekolah ni kalau bukan mak aku yang suruh hmm, maybe sebab time tu dengar sekolah perempuan kan rasa macam terlebih seronok jee nak sekolah kat situ hahaha *macam tu pun boleh* Selain sebab ada subjek Arab, aku rasa maybe aku suka sekolah kat situ sebab that kluster kot  *Ya Allahh*. Dah semua orang suruh aku pergi kan, so aku pun just menurut perintah laa. Nanti orang kata tolak rezeki pulak erghh susah betul nak puaskan hati orang. Lagi lagi pulak, aku time tu still tak tahu result untk SBP. Interview untuk SBPI pun aku rasa aku tak confident boleh lulus ke tak. Dahlah aku buat semua orang gelak time tengah interview tu adoii malu betul bila teringat *aku suka buat benda yang memalukan diri sendiri huhu*. Baru jee masuk bilik interview tuu dah kena gelak, kau rasa apa? Aku tak ingat sebab apa tapi rasanya aku tersadung kat depan pintu kot. Okay stop cerita pasal tu tak nak ingat lagi dah hehe. Okay masuk landasan balik. Hmm. Bila dah jadi student Sharodz ni, bila pergi mana mana and bila orang tanya sekolah mana, serious aku rasa malas nak bagitau yang aku Sharodzian. Rasa segan bila orang expect tinggi gila kat aku *which aku rasa aku tak layak pun* Sometimes rasa stress pun ada haha. Cikgu cikgu kat sini serious best best gila. Nasib aku baik sebab cikgu yang mengajar aku at that time tak ada yang garang garang haha. Semua jenis yang happening gila time teaching. Paling best cikgu Bahasa Arab aku. Kelakar. Even kena hafal banyak gila makna and fe’el dalam BA, tapi aku rasa paling seronok time kelas dia ni lah. Langsung tak stress even kena hafal banyak gila makna. Dengan kamus dia lagi kena ada time kelas dia. Kalau tak, melopong la kau bila kena buat karangan dia. But she managed to make the hardest subject class so happy for me. And for the other students I think. Relax gila doe time kelas dia. Sebab dia baik sangat! Hehe. Tapi aku sempat belajar dengan dia just for 4 months jee huhu. Sedih sekejap. Bila lagi lah dapat jumpa dia kan. Nak pergi Sharodz balik aku rasa dia dah pindah. Sokay laa ada rezeki jumpa lah kat mana mana nanti. Dekat Sharodz ni je aku ada 2 orang ‘akak angkat’. Aku rasa tu dah macam tradisi sekolah kot. So just a normal thing la. Yang tak normalnya entah macam mana akak akak tu boleh terpikir nak ‘angkat’ aku pun aku tak tahu. Alasan dorang cliché sangat lah “adik ni comel sangat bagi akak”. Aku pun erkk okay terima jee lah. Takkan aku nak tolak. Sekali 2 orang datang. Mana aku nak lari. Senior kot! Jangan berani cari pasal dengan senior woii. Tapi nasib baik dorang baik gila dengan aku. Selalu belanja aku ice cream yang paling penting! Hahaha kbai. Kalau Koku kat sini pun agak best jugak lah. Bila sebut pasal Koku, aku teringatkan Sir Taekwondo aku yang garang gila tuh. Terbayang muka dia time class Taekwondo tuh huhu. Scary! Sampai sekarang aku still boleh ingat muka dia. Takde uniform jee habis kau dimakinya depan orang lain. Even aku tak pernah kena, tapi aku faham sangat perasaan akak akak yang kena marah dengan dia. Satu dewan bergema suara dia tau tak. Alaa tak pakai uniform jee pun. Lekk ahh brader. *cehh time ni berani pulak aku* Eeii seram pulak bila teringatkan dia. Fuhh! Macam singa huhu. Beralih kepada hostel pulak. Hmm life kat hostel kan pa lagi yang best sebab kawan kawan kan. Kawan kawan dorm aku sangat sangat best! Kitorang sangat rapat even lain lain kelas. Pergi prep malam malam sesame. Buat homework kat dorm sesame. Pergi makan kat dewan makan pun sesame. Pergi masjid petang petang pun sesame. Bila hari Jumaat yang tak balik wajib jee, kitorang akan lepak sesame makan sesame sambil borak borak mengutuk sesame sendiri *biasalah girls kan* Macam biasa, yang selalu jadi bahan aku lah sapa lagi.  Rindu dorang! The main point is, akak dorm aku cantik cantik! *serious tak tipu* Mula mula jee masing masing tunjuk muka garang, tapi lama lama semua okay jee. Okay done for Sharodz kot aku rasa.

*saya takkan curang dengan awak Mr. Google*

SMKA Tun Perak. Habes jee 4 months kat Sharodz, aku pindah sekolah ni. Even cousins aku semua pertikaikan kenapa aku keluar dari sekolah tu, tapi nak buat cemana kan, ada masalah yang tak dapat dielakkan *ecehh*. Tapi STP pun not bad apa.  One of sekolah menengah agama yang top kat Melaka kot. Aku pindah sini pun sebab sayang nak leave subjek Arab tu. Lagi pulak my dad pun dah dekat 10 years teaching kat sekolah ni *cehh* My brothers pun sekolah kat situ jugak kan. So why not I join the club kan. Biar anak beranak semua kat situ haha nanti kalau ada sapa jee kacau aku senang aku nak mengadu *anak manja tuihh* Baru jee haritu aku daftar, hari tu jugak lah akak akak ngan abang abang serbu kelas aku just nak jumpa aku erghh. Dahla tak panggil aku dengan nama aku, ada pulak panggil aku as ‘anak Sir Zahari* Classmates aku pun time tuu ada lah suara suara sumbang “hotnya dia baru pindah dah ramai nak kenal dengan dia”. Hmm pape jee laa weyy. Ingat best ke ramai orang kenal ni? Rimas tau tak. Sometimes aku rasa macam tak ada privacy pun ada. Pergi perhimpunan ke mana mana jee pun orang perhati. Tak rasa nak menyorok dalam dustbin ke? *aku jee kot yang rasa macam tu* Cikgu cikgu kat sini pun semua tak kenal aku as student biasa, tapi as “anak cikgu” or “adik Zakuan”. Tuu yang aku rasa nama aku macam takda jee sebab dorang pun suka sangat panggil aku dengan nama ayah aku or abang aku. Lagi lagi geng geng ayah aku dengan geng geng abang abang aku. Haihh suka sangat mengusik aku. Eeii. Hahaha sabo jee laa. Cerita pasal geng abang aku, hmm aku teringat sorang abang senior nii. Dia ni lah yang paling aku ingat. Sebab apa? Hehe of course lah sebab dia hot gila kat sekolah tu time tu. Kat mana lah dia sekarang ni ek? Time tu aku ingat lagi bila ade dengar dengar cerita orang yang dia ni minat aku. Yeayyy seronoknyaa ada admirer. Puihhh hahaha kbai. Tapi aku buat dono jee huhu. Bukan sebab jual mahal, tapi dia ramai peminat lain jugak. Alaa ramai lagi yang lagi cantik. Sokay. Plus, I don’t think we suit each other at that time. The thing is, I don’t deserve him actually. Dengan aku baru lagi kat situ. Dah nak buat hal pulak kan. Nonsense! *takut kena bash dengan akak akak senior sebenarnya hehe* Alaa dia pun dah ada ramai admirer kan time tu nak risau apa hahaha. Almost 3 years aku kat sini, macam macam pengalaman yang aku dapat. Dekat sini lah banyak kenangan dengan FIVERS tercipta *cehh* Macam macam lah. Banyak sangat sampai tak sempat nak masukkan semua kat sini. After PMR jee, my ayah suruh aku tukar lagi. Haihh nomad betul budak sorang nih. At first aku memang tak nak tukar *degil gila aku time tuh* sebab aku dah rasa seronok dengan kawan kawan kat situ, tapi ayah aku sampai mogok tak nak cakap dengan aku *comel betul* so aku just menurut perintah sebab aku sayang ayah akuuuuuu sangat sangattttt. Hahaha kbai.

*thank you Mr. Google*


SMKIS. Hmm. Another sekolah yang sangat sangat awesome bagi aku. Yeahh sekolah aku semua awesome awesome. Jealous tak? Kbai. Kat sini lah aku jumpa balik BFF aku since primary school dulu. Noor Idaya binti Salim!!! 2 tahun lebih tak jumpa wehh. Lost contact macam tuh je. Masa zaman zaman UPSR dulu, aku selalu lepak library dengan dia ni lah. Every week kitorang akan study kat library *lepas study melencong pergi shopping kejap* Sometimes berdua jee dengan dia sometimes ramai ramai. Meriah sikit library tuh. Amek kau! Buat bising kat library. Ish ish ish dahsyat! Masa first aku pindah sekolah ni, macam macam yang aku rasa. Biasalah baru lagi kan. Aku ingat semua budak kat sini jenis yang sombong tapi serious tak pun! Semua happening gila! Hahaha okay kita geng! Masa baru sampai sekolah tu, biasalah semua orang pandang kan. Siap ada yang kata “exchange student ke tu?” Wuishh agak melampau di situ hahaha. Agak agaklah sikitt ishh. Masa nak pergi office tu, memang ada terjumpa Dayaa kat perhimpunan. Dayaa siap cakap dia kelas apa lagi hahaha. Aku tak berharap sangat yang aku dapat sekelas dengan dia  time tu *even aku nak sangat* sekali lepas dapat tahu aku dapat kelas yang sama dengan dia, rasa macam nak melompat dekat jee dekat situ. Seronok punya pasal. Masa mula mula sekolah kat situ, soalan yang aku dapat "awak ni bukan melayu tulen kan?" "family awak ada yang keturunan mat salleh ke?" hello cakap baik sikit ah hahaha. Cucu cicit Parameswara nih. Eeeiii sabo jee lah. The funniest part was, that was a boy, with a guitar, nyanyi lagu apa ntah kat aku, tapi aku buat tak layan jee huhu. Lol dah ade awek pun still tak cukup kaa? Amek kau! Hari first dorang da panggil aku raja lawak huhu sedih. Semuanya sebab time recess tu aku pergi canteen dengan orang lain and time nak balik kelas tu aku dah tak jumpa dah orang tu. Perghh rasa nak menangis pun ada time tu. Macam mana aku nak balik kelas nih??!! Nasib baik ada sorang budak ni same kelas dengan aku even aku tak berapa cam sangat muka dia. Nasib baikk!! Tapi puas la kena gelak dengan dia sebab aku dah macam orang hilang anak je time tuh. Sakai gila. I thought cerita tu habes kat dia jee. Sekali dia pergi cerita kat semua budak kelas aku. Ya Allah! Sebab apa? Sebab nak bahan aku ramai ramai. Erghh. Hahaha lawak betul ahh masing masing time tu. Ingat kan kena gelak time kat sekolah je, rupanya sambung kat rumah. Parents aku, abang abang aku yang sememangnya kaki gelak sejak azali lagi plus adik aku. Eeiii bukan nak bagi semangat ke apa. Ayah siap cakap “kena bawak GPS ni esok nak gi sekolah nanti sesat lagi”. Oh my God! Apa yang aku rindu time kat sini hmm banyak lah jugak. Rindu geng pengawas aku *rindu nak pergi duty ramai ramai*, rindu classmates la of course, rindu cikgu cikgu yang almost semua kenal ayah aku *even aku sangat berharap that no one does*, rindu nak main kejar kejar dengan classmates time waktu PJ *sometimes cikgu pun join tau tuu yang lagi seronok*. Tu je lah kot. Miss them so much! Will always be remembered bebeh *tak janji la kalau aku amnesia* Kbai.

*menguap sekejap*. Nampak tak aku dah mengantuk? Kita tidur dulu ye awakk awak yang comel. Pen off first baby. Kbye Assalamualaikum.

With love,

DS97

1 Comments:

Blogger Unknown said...

rindu awakkk jugaa... weii bila nak update blog ni? x sabar nak follow-up


Post a Comment